Jangan Percaya Penyangak-Penyangak Welley Corporation Yang Kononnya Ingin “Menjual Semula” Produk Mereka

04 Jun 2007

Saya telah membaca pelbagai kisah dimana penyangak-penyangak Welley Corporation berjanji untuk menjual semula barangan penipuan mereka bagi pihak mangsa.

Saya ingin mengingatkan anda agar tidak mempercayai temberang mereka ini! Sudah pasti mereka akan “menjual semula” barangan murahan China mereka, tetapi sebagai “hadiah” untuk mangsa-mangsa seterusnyaAnda kemudiannya tidak akan mendapat walau sesen pun dari hasil jualan ini.

Ini hanyalah salah satu cara bagaimana Welley Corporation menipu mangsa-mangsa mereka secara berturutan:

  1. Menawarkan kupon cabutan bertuah (gores dan menang)
  2. Mangsa akan memenangi produk mereka
  3. Menawarkan kupon cabutan bertuah pusingan kedua
  4. Mangsa akan sekali lagi memenangi produk-produk bodoh Welley Corporation
  5. Penyangak Welley Corporation akan menawarkan untuk menjual semula produk-produk tak berguna mereka

Akhirnya, anda bukan sahaja kehilangan wang ringgit kepada taktik penipuan mereka… malah lebih ramai mangsa-mangsa akan “memenangi” produk-produk yang kononnya merupakan “hadiah” anda.

Nasihat saya ialah untuk mengambil sahaja produk-produk bodoh Welley Corporation itu, buat laporan polis dan kemudiannya memfailkan tuntutan ke Tribunal. Kemudian, tunggu tarikh pendengaran anda, yang anda akan menang lagipun kerana KPDNHEP sudah pun tahu mengenai penipu-penipu ini (tapi mengapa mereka tidak mengambil inisiatif untuk mendakwa anak-anak haram ini merupakan sebuah misteri).

Walaubagaimanapun, jangan guna produk-produk itu! Simpanlah ia “seadanya”.

Saya berharap maklumat ini dapat membantu mangsa-mangsa Welley Corporation.

Subscribe to Welley Corporation Watch's Feed