Jangan Percaya Penyangak-Penyangak Welley Corporation Yang Kononnya Ingin “Menjual Semula” Produk Mereka

Saya telah membaca pelbagai kisah dimana penyangak-penyangak Welley Corporation berjanji untuk menjual semula barangan penipuan mereka bagi pihak mangsa.

Saya ingin mengingatkan anda agar tidak mempercayai temberang mereka ini! Sudah pasti mereka akan “menjual semula” barangan murahan China mereka, tetapi sebagai “hadiah” untuk mangsa-mangsa seterusnya. Anda kemudiannya tidak akan mendapat walau sesen pun dari hasil jualan ini.

Ini hanyalah salah satu cara bagaimana Welley Corporation menipu mangsa-mangsa mereka secara berturutan:

  1. Menawarkan kupon cabutan bertuah (gores dan menang)
  2. Mangsa akan memenangi produk mereka
  3. Menawarkan kupon cabutan bertuah pusingan kedua
  4. Mangsa akan sekali lagi memenangi produk-produk bodoh Welley Corporation
  5. Penyangak Welley Corporation akan menawarkan untuk menjual semula produk-produk tak berguna mereka

Akhirnya, anda bukan sahaja kehilangan wang ringgit kepada taktik penipuan mereka… malah lebih ramai mangsa-mangsa akan “memenangi” produk-produk yang kononnya merupakan “hadiah” anda.

Nasihat saya ialah untuk mengambil sahaja produk-produk bodoh Welley Corporation itu, buat laporan polis dan kemudiannya memfailkan tuntutan ke Tribunal. Kemudian, tunggu tarikh pendengaran anda, yang anda akan menang lagipun kerana KPDNHEP sudah pun tahu mengenai penipu-penipu ini (tapi mengapa mereka tidak mengambil inisiatif untuk mendakwa anak-anak haram ini merupakan sebuah misteri).

Walaubagaimanapun, jangan guna produk-produk itu! Simpanlah ia “seadanya”.

Saya berharap maklumat ini dapat membantu mangsa-mangsa Welley Corporation.

89 Responses to “Jangan Percaya Penyangak-Penyangak Welley Corporation Yang Kononnya Ingin “Menjual Semula” Produk Mereka”

Pages: « 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 » Show All

  1. aisya Says:

    devil89,
    kelakar posting mamat nie. Sape peduli hang anak imam ke, tok kadi ka?
    Jangan nak berbohong disebalik islam la. Kalau anak imam takkan tak berbohong inikan imam sendiri boleh berbohong.

    Kalau nak pertahankan ezono kenapa tiap kali ada kes kat tribunal, org Ezono tak pernah hadir?? Kalau betullah menang altis, kenapa tak showkan kat TV. biar semua malaysia percaya. siap buat siaran langsung lagi. baru i percaya.

    mana ada syarikat yang buat peraduan menang kereta Altis tapi start 2005 to 2007 masih still berjalan peraduan nie.
    Kalau syarikat power root pun dia ada end of pertandingan. macam syarikat u memang tak logik..

  2. tertipu Says:

    itu kho yg jd supervisor kat ezono network, Klang siap mengaku tgh belajar Islam & akan convert to Islam within 6 month.. dia dah pegi training kat jawi lebih kurang 3 bulan dah.. Siap bgtau nama Islam dia lg tp gua sudah lupo le.. (dia ckp le..)

    masa mula-mula sebelum kena gua ada percaya le gak, tp lepas tertipu nie, SORRY LE pakcik nak percaya.. Tobat pakcik tak pecaya dgn ini orang lagi.. Gua rasa ini olang lagi manyak jahat woo.. siap persendakan Islam lg.. (kalu betul mau masuk Islam, dia takkan keja kat syarikat penipu tu..)

  3. victim Says:

    aku rase a kan.. dia org semua ni actually nak cover penipuan.. tipu pun buat & hadiah cabutan pun dibuat.. so takdelah nampak sgt tipu helah dia org semua nih.. dia org semua pandai berlakon.. so any actor pun dia org pun boleh buat punyelah.. jadi org baik.. jadi org jahat.. hati2 ler & rezeki memasing kan lain2..

  4. lia Says:

    YA!! Jangan percayakan mereka. Jangan percaya walau apapun kata mereka. Keluarga saya juga ditipu. Kami telah menelefon ejen tersebut berkali-kali, tetapi mereka menggunakan taktik psikologi dan mengatakan bahawa barangan tersebut boleh dijual semula dengan harga tinggi.

    Walaupun tertanya-tanya mengapa syarikat seperti ini masih bertahan, saya percaya yang mereka pasti seperti cacing kepanasan apabila KPDNHEP telah menahan ejen-ejen dan merampas produk mereka di Batu Pahat dan Segamat (Harian Metro 07 dan 11 Julai).

    Saya juga tertanya-tanya, bagaimana mereka dengan bangganya menunjukkan keratan berita harian yang melaporkan kecemerlangan syarikat mereka kepada keluarga saya. Tetapi, apabila difikirkan semula, pada zaman kecanggihan teknologi sekarang, tiada yang mustahilkan?

    Oleh itu, jangan mudah mempercayai makhluk-makhluk sebegini dan sentiasa berhati-hati.

    Sama-samalah berdoa agar mereka tertewas.. >:(

  5. lia Says:

    YA!! Jangan percayakan mereka. Jangan percaya walau apapun kata mereka. Keluarga saya juga ditipu. Kami telah menelefon ejen tersebut berkali-kali, tetapi mereka menggunakan taktik psikologi dan mengatakan bahawa barangan tersebut boleh dijual semula dengan harga tinggi.

    Walaupun tertanya-tanya mengapa syarikat seperti ini masih bertahan, saya percaya yang mereka pasti seperti cacing kepanasan apabila KPDNHEP telah menahan ejen-ejen dan merampas produk mereka di Batu Pahat dan Segamat (Harian Metro 07 dan 11 Julai).

    Saya juga tertanya-tanya, bagaimana mereka dengan bangganya menunjukkan keratan berita harian yang melaporkan kecemerlangan syarikat mereka kepada keluarga saya. Tetapi, apabila difikirkan semula, pada zaman kecanggihan teknologi sekarang, tiada yang mustahilkan?

    Oleh itu, jangan mudah mempercayai makhluk-makhluk sebegini dan sentiasa berhati-hati.

    Sama-samalah berdoa agar mereka tertewas..

  6. Anuar Says:

    Ya…sama-samalah berdoa agar syarikat ezono network terus berjaya….kepada mereka2 yang dengki…taubatlah.Welley boleh…!!!Ezono Network boleh…!!!
    kpd Mohd Phang terima kasih kerana menyokong syarikat ini…

  7. Labu Says:

    Anuar,

    You ni syaitan ke tali berok syaitan????? Go to hell…..

  8. WW Admin Says:

    Anuar tu mmg penyangak Welley Corp pun.

    Welley boleh! Ezono boleh!

    Boleh pergi mampus bankrupt!

  9. lia Says:

    Yeeeaahhh!!! :)
    I’m with u… WW Admin boleeehhh!!!

  10. DeviL89 Says:

    Jng nak cuci otak org kat sini..!! u org mcm Ayah Pin,Ajaran sesat..Fitnah org yg baik..Annuar….van rocker.. Ini lah orh yg mulia.. Mrk x dengki rezeki org.. X dpt makan anggur,u org kata anggut masam.. semua pun ada di surat khabar..!! kalau kita tipu then kerajaan tipu la..kita ada lesen dan kebenaran utk cetak di Utusan,metro dan lain lain.. ezono Network boleh..!! Welley boleh!! mohd.phang..!! Mohd.Phang dah tukar ke Sharil..!!

Pages: « 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 » Show All

Leave a Reply

Subscribe to Welley Corporation Watch's Feed