Saya telah membaca pelbagai kisah dimana penyangak-penyangak Welley Corporation berjanji untuk menjual semula barangan penipuan mereka bagi pihak mangsa.
Saya ingin mengingatkan anda agar tidak mempercayai temberang mereka ini! Sudah pasti mereka akan “menjual semula” barangan murahan China mereka, tetapi sebagai “hadiah” untuk mangsa-mangsa seterusnya. Anda kemudiannya tidak akan mendapat walau sesen pun dari hasil jualan ini.
Ini hanyalah salah satu cara bagaimana Welley Corporation menipu mangsa-mangsa mereka secara berturutan:
- Menawarkan kupon cabutan bertuah (gores dan menang)
- Mangsa akan memenangi produk mereka
- Menawarkan kupon cabutan bertuah pusingan kedua
- Mangsa akan sekali lagi memenangi produk-produk bodoh Welley Corporation
- Penyangak Welley Corporation akan menawarkan untuk menjual semula produk-produk tak berguna mereka
Akhirnya, anda bukan sahaja kehilangan wang ringgit kepada taktik penipuan mereka… malah lebih ramai mangsa-mangsa akan “memenangi” produk-produk yang kononnya merupakan “hadiah” anda.
Nasihat saya ialah untuk mengambil sahaja produk-produk bodoh Welley Corporation itu, buat laporan polis dan kemudiannya memfailkan tuntutan ke Tribunal. Kemudian, tunggu tarikh pendengaran anda, yang anda akan menang lagipun kerana KPDNHEP sudah pun tahu mengenai penipu-penipu ini (tapi mengapa mereka tidak mengambil inisiatif untuk mendakwa anak-anak haram ini merupakan sebuah misteri).
Walaubagaimanapun, jangan guna produk-produk itu! Simpanlah ia “seadanya”.
Saya berharap maklumat ini dapat membantu mangsa-mangsa Welley Corporation.
June 6th, 2007 at 10:54 am
Bagaiman jika saya telah menggunakan salah satu barangan tersebut? Adakah saya harus memulangkan barangan electric yang saya bayar bersama-sama dengan barangan yang telah dimenangi oleh saya? (barangan yang dimenangi ialah Jade Mattress & Nano Digital)
June 6th, 2007 at 11:36 am
Ya, pulangkan semuanya.
Sebenarnya memang tak ada hadiah pun. Ini semua skim penipuan jualan langsung paling besar di Malaysia.
June 17th, 2007 at 5:28 pm
Saya sangat terperanjat bila check kat internet, rupa-rupanya kami dah kena tipu, ceritanya macm ni : Hri sabtu lepas,saya dan suami pergi Tesco Klang, masa nak masuk kereta, ada seorang budak lelaki ni pakai baju biasa je, merayu suruh kami koyakkan tiket, saya koyak tertera t.kasih, tapi bila suami saya koyak di tiket tu ada tertera tahniah anda memenangi RM1,500,000, budak ni cuma promoter je, dia tak tau apa2, yang dia tau bang nanti belanjala makan bila menang, kami dibawa ke ofis Ezono Network Sdn Bhd,Tmn Bayu Perdana, kami telah bertemu dengan Ms Tan, dia menerangkn bagaimana kami akan memenangi hadiah yang tertera di tiket tersebut, cara pertama jika kami tidak mahu meneruskan peraduan tersebut,kami akan dapat serta merta 3 barang dan duit cash RM3947 yg ditaja oleh sponsor 16 pengilang brngan elektrik berjenama, yg kedua meneruskan peraduan dgn syarat kami hendaklah menyerahkan bayaran sebanyak RM6800 utk cukai pertandingan,hadiah terhad, cuma hanya ada toyota altis dan cash RM12000 sahaja, ms tan meminta suami saya menyerahkn kredit kad untuk jaminan,mereka hanya buat settlement selepas hadiah kami terima, masa dapat toyota atau RM12000 masa tulah mereka akan clearkan RM6800 tu, dia ckp skrng dia tk ambil duit dlm credit card tu,dh dapat hadiah baru dia clearkan, mcm sewa bilik kat hotel, check ini slash kad 1 kali belum ambil duit, check out slash sekali lagi baru hotel ambik duit, mcm tula yg dia ckp, nasib baik cuma ada RM900 jea yang dia boleh slash, baki dia suruh pergi bank ambil cash, ms tan cakap cuma mereka nak siri no di duit tu jea, duit tu kami boleh bwa pulang, bank tutup,kami janji nk bawa hri isnin, dia bagi saya bwa balik 1 barang dulu, nanti hri isnin kalau menang baru bagi barang yang lain, saya tk sedap hati, saya pun check kat internet nama ezono network sdn bhd, terus keluar tentang artikel penipuan, tu yg terperanjat. Jadi soalan saya sekarang :
1) Adakah saya nak dtg juga hari isnin ni kat ofis ezo atau saya terus pergi tribunal, tapi kat mana tribunal tu saya tak tau mcmana cara ni….
2) Walaupun dah tau kena tipu, Suami saya nak bwa member2 dia dtg, bwa bdn yg besar2 sikit kasi takut, buat pura2 tak tau. Tanya dia kalau kami nak hadiah yg pertama tu boleh tak, dpt 3 brg utk promot kat kwn2, dan cash RM3947. Dan batalkan peraduan yg kedua. Jadi tklah rugi RM900 yang dia dah slash tu..
3) Yang penting isnin pagi, suami saya nk gi bank dulu tanya RM900 tu dah kena ambik ke belum, pas tu boleh batalkan tak, saya nk bawa artikel u all tunjukkan pd bank mungkin kami kena tipu. Kalau bnk tk leh buat apa2 terpaksala buat report atau gi tribunal utk claim balik duit yg ezo dh ambik.
Harap kami dapat penerangan yang selanjutnya dari u all….
June 30th, 2007 at 3:51 pm
Jgn percaya terhadap cerita yg diberi..Mrk adalah org yg x dapat pertandingan..Jadi mata merah iri hati.. Ezono Network adalah satu syarikat yg Sah Di undang undang Malaysia.. I saja Menang Kereta Toyota Alitis 1.6CC pada minggu lepas.. kalau nak tipu,x kan boleh kembang sampai 40 syarikat di malaysia dan asia.. Percaya terhadap i.. Kalau report pun x guna coz Mrk ikut cara yg sah.. x Dpt duit jika anda rasa di tipu.. I pun Islam.. Ayah Sebagai Imam.. Tipu tu Dosa.. Apa yg lalu biar la lalu.. Jgn Dengar apa yg fitnah terhadap EZONO NETWORK!!
June 30th, 2007 at 5:34 pm
Devil89….sure ka?? brapa bnyk gaji diorang bagi kat saudara?? Dah menang ALTIS?? Senang aje nak tentukan saudara bercakap betul atau tidak….Tentukan tempat dan masa, bawa sekali ALTIS yang saudara menang tu dan segala dokumen yang berkaitan dalam masa 2 hari ni?? boleh??
July 1st, 2007 at 12:20 am
hai brother….u jng salah paham punye…ini syarikat EZONO NETWORK…tak tipu puye…kalau u tak percaya…u boleh tanya orag2 yang dah dapat hadiah atau pun u boleh pigi opis kitorang….kite ornag sokong punye….ok…
July 1st, 2007 at 12:23 am
say adalah salah satu pemenang hadiah rm1.5oo,ooo…
kalau u tak percaya uboleh datang sy punye rumah tengok say punya hadiah…NANO DIGITAL STOVE…RM15 ribu tu….
ini sy punye alamat ….
sridamansara,jalan tembaga,5/2a,no 115..u boleh datang sini punya….
ok…
July 1st, 2007 at 1:12 am
Apa yg Van rockers ckp adalah betul..!! Kalau x betul then u boleh cari Mohd.Phang Kat Ezono Network Klang.. Dia adalah org yg berkuasa.. Altis yg i dapat pun jual.. Dokumen semua ada..!! Allah Beri hati yg suci,jgn mata merah terhadap rezeki org lain.. apa yg i ckp adalah betul.. Mohd.Phang adalah seorang yg Sopan,Baik dan belas kasihan..!! Biar Allah memberkati Dia..
July 1st, 2007 at 1:14 am
Welley Boleh….!!! Ezono Network Boleh..!! Itu lah Bukti Syarikat yg Sah Di Sisi Undang Undang Malaysia.. Kita ada Sokongan sendiri..Ezono Network Sentiasa TOP 1 di Semua bidang..!!
July 2nd, 2007 at 1:42 am
Wahai penyangak-penyangak Welley Corp,
Kalau web site ni fitnah, tunggu apa lagi, saman aje lah. Tengok apa court kata. Nak berlakon komen pakai nama lain-lain buat apa. Kat web site ni, penipuan korang tak jalan.
Sah disisi undang-undang konon. Lagi 7-8 bulan tukar nama lagi. Lepas kena saman dengan mangsa-mangsa penipuan korang jugak.